Quantcast
Channel: Azwar Kamaruzaman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Panda Ke Manusia? Bahagian 1

$
0
0

23/8/2015

Amaran: Entri kali ini panjang dan banyak gambar heheheheh! :)

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!


Serious aku rasa hari ini antara hari yang paling best dalam hidup. Best nak mampos tahap gaban. Tak sia-sia aku bangun sebelum matahari terbit time hujung minggu cenggini. Lepas tu. Berbaloi gila lah merempit dari Shah Alam ke KL Sentral pukul tujuh pagi sebab nak menumpang Kak Helena ke ZOO NEGARA. Terima kasih kak Helena and sorry sebab menyusahkan. #muahciked *Acah-acah Tulis diary pulak*



To be honest, ni kali pertama aku jejak kaki ke Zoo Negara. Sebab tu rasa excited dia terlebih. Tapi, terlebih lebih lebih excited apabila masuk Zoo negara ni bersama-sama rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Memang meriah beb! Hangpa tau-tau je lah kan macam  mana havoc-nya ahli-ahli KBBA kan... Dan sebab tu lah event ni dinamakan KBBA Bloggers day out atau dalam bahasa Melayunya KBBA: Sehari Bersama Zoo Negara *Sesuka hati aku je translate*

Dengan kecekapan Kak Helena memandu kenderaan ala-ala Michael Schumacher sambil mulutnya membebel sebab google maps bagi jalan yang entah hapa-hapa, kami sempat sampai di perkarangan Zoo Negara tepat pada waktunya. Sampai sahaja di depan pintu zoo negara, dah nampak lautan manusia memakai baju warna hitam dan mempunyai logo KBBA. Aku rasa event kali ni bertambah meriah sebab beberapa orang blogger yang mempuyai anak, turut membawa anak mereka. *Tapi nampak muka mak dengan ayah lagi excited dari anak*. Hahahahhaa...

Selepas sesi pendaftaran, acara wajib sebelum majlis adalah family photo (bukan group photo sebab we are one big happy family). Seperti biasalah, bila tangkap gambar tak formal ni, macam-macam gaya ada. Kalau power, cari lah aku dekat mana *rujuk gambar di bawah*. Hewhewhew. Setelah puas menangkap 750 juta keping gambar, kami pun dibahagikan kepada dua kumpulan. Hornbill dan Tiger. Dan takdir telah tertulis, aku dikategorikan dalam kumpulan Tiger. Nampak tak betapa ganasnya aku! Huahuahua.....




Selepas diberi taklimat mengenai zoo negara, kami dibawa masuk ke dalam kawasan zoo. Ok dah rasa excited gila ni. Station pertama yang kami terjah adalah taman marjerin terbang atau dalam bahasa omputihnya, Butterfly Garden. Masuk je kaki dalam tu, satu perkataan yang keluar adalah Alhamdulillah sebab udaranya sejuk dan nyaman. Masuk ke dalam kawasan rama-rama terbang tu, terus berzikir dalam hati sebab Masya Allah, cantik sangat tak tahu nak diungkap dengan perkataan yang macam mana. Dekat butterfly garden ni, kita boleh main dengan rama-rama (kalau rama-rama tu pun teringin nai main dengan hang) sebab dia dibebaskan sesuka hati terbang ke sana ke mari. Lepas tu kita boleh tengok rama-rama ni hisap madu secara live. Kalau lagi untung rama-rama tu akan hinggap ke kepala atau tubuh badan kita. Kalau lelaki tandanya boleh kahwin lebih satu sebab terlalu manis seperti madu, kalau perempuan....haaaa get ready lah... hahahahaha


Pemandangan Taman Rama-Rama


Live: Maduku disedut rama-rama

*Penast dowh nak kaver perut*

Dah boleh ganti Saiful Nang dah gambar ni... Hehehhe... ;)



Dari ulat jadi kepompong, tidur lena dalam kelongsong, tiba masa kepompong pecah *pong* jadi rama-rama yang indah...

Next Pit Stop

Next pit stop adalah melawat kawasan spesis beruk. Dekat zoo ni bukannya beruk macam belakang rumah kita tu ja yang depa simpan. Semua jenis beruk termasuklah beruk mak ye dan manusia yang perangai macam beruk pun mereka ada tau! *ok lawak-lawak ja*. Beruk-beruk yang ada dekat sini semuanya lain daripada yang lain sebab datang dari berlainan negara. Beruk yang macam cerita Madagascar pun ada. Memang kalau tengok tu akan ternyanyi lagu awimbawek...awimbawek...awimbawek... in the jungle... *sambil menari*. Bersebelahan dengan kawasan monyet, kami menuju ke kawasan burung. Tapi ni bukan burung-burung biasa atau burung yang di dalam seluar. Eh, entri cabul. *facepalm* Dekat sini, kami berpeluang tengok hornbill secara dekat. Masya Allah, cantik gila paruh dia. Aku rasa paruh dia cantik sebab dia tak mengumpat kot. Hahahah. #Justsaying. Tapi serious talk, memang cantik dan hangpa akan terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan tersebut.


hornbill



Lepas puas kelebet bahagian burung, kami menuju ke Aquarium. Haaa... On the way nak ke akuarium tu, terjumpa lah dengan beberapa binatang yang baru tengok seperti penguin. Comel gila nak mampus. Lagi comel penguin ni dari tetttt. Hahahaha. Dalam aquarium tu, ada macam-macam jenis hidupan air. Bukan sahaja air tawar, air masin pun ada. Ni kalau orang yang takut nak scuba dive atau snorkelling tapi nak tengok macam mana hidupan bawah laut, boleh la datang sini. Hangpa akan terpegun tak tau nak habaq apa.
penguin ni pemalu

nampak macam ikan keli tapi sebenarnya bukan



buat masak tempoyak sedap ni. hehehhe


Ok, lepas keluar aquarium, kami dibawa ke satu kawasan yang bertingkat-tingkat dan disuruh untuk duduk. Depan kami ada sebuah kolam dan pentas serta beberapa alatan seperti gegelung dan ring basketball turut ada dekat atas pentas tu. Memang tak ada idea langsung apa yang akan terjadi. Lepas beberapa minit tunggu, tepat pukul 11 pagi, ada satu pengunguman suruh semua orang get ready. Tapi sebelum tu, ada seekor panda tak cukup zat datang (orang kurus memakai costume panda) untuk kumpul derma sebagai dana kepada panda tersebut. Lalu, aku pun memberi beberapa sen yang ada dalam poket dan menangkaa gambar. Jadi, terjadilah gambar seperti di bawah. Tak dapat cium panda betul, panda tak berapa betul pun jadi lah...ye dak? Hahahaha



opppssss opsssss!!! censored scene!!!

Lepas sesi kumpul derma tu, maka bermulalah pertunjukkan haiwan. Dimulakan dengan gimik dari sekawan burung tak tahu jenis apa, dan seekor binatang yang tidak tahu apa jenisnya, keluar dan membuka banner ‘WELCOME’ kepada kami. Jaw drop juga memasing tengok kehebatan haiwan-haiwan tu. Lepas tu, pertunjukkan diteruskan lagi dengan kehebatan burung kakak tua. Power seyh. Dan yang paling teruja adalah persembahan anjing laut (satu-satunya anjing yang boleh dipegang dantak perlu samak). Sumpah aku tabik spring gila dekat trainer sebab berjaya melatih anjing laut buat macam-macam aksi. Yang paling aku teruja bila binatang tu salam dan cium trainer dia lepas tu setiap kali persembahan dia akan tepuk sendiri. Comel nak mampos! Aksi yang paling menarik adalah anjing laut tu balance-kan bola dengan menggunakan hidung dia. Hangpa reti buat dak? Kalau dak, buat malu ja dekat hanjing tu weyh... Hahahhaa... TBH, show-show tu memang mantap dan awesome to the max



perhatikan imej hitam di atas huruf 'M' dan 'E'.. binatang tu lah yang buat gimik

1st show by cocoa (merah) and ringgo (biru)!

awesome show from dobbu (nama anjing laut tu)

lompat tinggi oleh dobbi (yang lain pulak)


hanya menggunakanm hidung, dobbu boleh balance kan bola tu. Kau boleh?

power kan? ;)


Lepas puas tengok persembahan tu, kami dibawa menaiki tram menuju ke Wild Life Park. Bukan masuk kandang harimau tau, tapi sebuah restaurant untuk makan tengah hari. Terima kasih untuk pihak restaurant kerana menaja makan tengah hari kami. Ayam guring, burger, fires dan pepsi memang terbaik lah. Tambah-tambah waktu tengah lapar dan panas. Heaven siot. Waktu lunch ni jugak, ada sesi cabutan bertuah. Seperti biasalah, aku bukanlah insan bertuah sebab tak pernahnya kena. Tapi, tahniah kepada mereka yang dikategorikan sebagai bertuah. Dapat voucher membership gym selama sebulan kot. Lepas ni adalah ahli KBBA yang boleh apply jadi model Victoria Secret. Eh, hahahha!

lunch sponsored by wild life park restaurant. Thank you!


Lepas makan tengah hari, kami menuju ke bee world dan savannah walk (binatang-binatang dekat Afrika. Dekat sini ada kami dapat tengok binatang seperti kuda belang dan binatang yang gemuk iaitu badak. Takut gila tengok dia punya taji dekat hidung badak tu. Kalau kena sondol, confirm dapat title arwah!

belakang tu nampak badak sumbu. bukan depan eh.... aku cepuk kang!

Lepas tu kami ke GPCC!!!
*BERSAMBUNG*

Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


EASY COME, EASY GO


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes