Quantcast
Channel: Azwar Kamaruzaman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

IFTHOR bersama P1 Network bersempena P1 Ominate :)

$
0
0
8/7/2015


Yeargggghhh!!! *tetiba excited*

Mahu tak excited hari ni dah hari ke tiga aku berbuka secara buffet di beberapa tempat yang hebat secara PERCUMA! Kau pergi basuh tangan, baca doa dan makan ja! Tak perlu fikir pasal duit atau apa. Best kan?

Haaaa! Hari ni pula aku pergi ke majlis berbuka puasa anjuran P1 networks dekat sebuah hotel yang terperosok jauh ke dalam di Glenmarie iaitu Holiday Inn, Kuala Lumpur (kalau tak pakai waze atau google maps confirm tak sampai). Majlis ini dinamakan P1 omanite dengan tema #ReadyToP1ay.

Mesti korang tertanya-tanya apa itu P1 omanite? P1 tu Packet One. Omanite pulak, O mewakili Online. M mewakili Media. A mewakili Associate. NIte, bahasa urban mewakili malam. Jadi pabila digabung-gabung jadilah P1 Omanite. Apabila disebut Media Online, ramailah blogger-blogger famous dan sendu (seperti aku) yang hadir. 


Dengan Yaya Natsumi




Dengan blogger Isabella


Meriah gila habaq hang majlis tu. Pengacara dia pulak penyanyi yang boleh dikatakan popular iaitu Atilia Haron. Kenal? Kalau tak kenal yang menanyanyi lagu, Oh kekanda jangan iri hati, dinda naik pangkat lagi.... Haaaa... Kenal kan? Kalau tak kenal jugak sila pack semua barang dan segala jenis toiletries dan masuk ke Gua Niah.


haaa ni Atilia Haron!

Ok, acara dimulakan dengan celoteh daripada Atilia dan setelah itu majlis berbuka puasa. Disebabkan hari ini merupakan hari ke tiga aku makan buffet dan sudah sedar perut mengalahkan perempuan yang mengandung, aku just makan pudding je. Tak makan banyak pun. Percaya tak? Kalau percaya korang tertipu....hahahahaha

yang ni je lah aku tunjuk. nanti tunjuk yang sebenar kantoi la aku makan banyak mana. >,<

Padahal aku makan banyak la jugak. Tapi tak la sampai menambah macam dekat rumah. Standard kena jaga beb! Makanan dia not bad. Kira boleh tahan la. Dengan nasi minyak, masak lemak ikan masin dengan nanas, kambing golek (tapi aku tak makan sebab aku tak boleh makan kambing), ayam percik yang sedap nak nazak, memang perghhhh! Lagi satu yang istimewanya, ada berjuta jenis kerabu. Ok sorry ter-bombastik. Ada dalam 6 jenis (banyak la tu) kerabu dan aku makan semua sekali. Sedap weyhhh!!!

Sebenarnya function tu untuk meraikan pihak blogger dan anak-anak yatim dari rumah Darul Sakinah. Ok, dekat sini aku nampak la yang mereka betul-betul meraikan anak yatim sebab anak-anak yatim tu diletak bahagian depaaaaaann sekali berdekatan dengan pentas. Dan kami yang blogger-blogger ni pandai-pandai lah cari tempat dekat bahagian belakang-belakang. Kira bagus la cara mereka meraikan anak-anak yang tidak bernasib baik seperti mereka. *mood sedih*

            Dalam acara tu jugak kami dihiburkan dengan persembahan daripada sebuah kumpulan band yang sedang meningkat naik yang diberi nama Dischordes. Reti sebut tak? Sebutan dia cenggini, dis-kord. Haaaa! Cenggitu...pandai! Dan ada pertandingan selfie dan pakaian tercanitk tapi aku tak nak cerita sebab aku tak menang! k bai!

sahaja aku berselfie kerana biar korang tahu betapa besarnya eye bag aku...kuikuikui


            Majlis selesai pada pukul 9:04  malam dengan upacara group photo. Setelah itu, kami semua pun pulang ke destinasi masing-masing dengan perut kegembiraan dan kekenyangan. Terima kasih P1!!!


cenderahati daripada P1 Network. Dap sungguh cekelat tu. Mekasihhhh!


            



Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.