Assalamualaikum
Raya tahun ni boleh dikatakan raya yang paling malang buat kami sekeluarga. Bukan disebabkan oleh kehilangan orang tersayang seperti yang difikirkan oleh pembaca semua. *kalau ada yang membaca*. Bukan juga disebabkan bencana alam dan sebagainya.
Tetapi, disebabkan oleh tukang jahit baju melayu yang sengaja bikin naik darah aku satu keluarga. Grrrrr!!!! Hangin tak hangin, memang berdesup panas seluruh badan sampaikan bergegar seluruh badan mengalahkan gempa bumi dekat Sabah baru-baru ni.
Ok... cerita dia macam ni....
Kita raya hari Jumaat kan? 17/7/ 2015 kan?
Dan kain sepanjang 10 meter yang sepatutnya di jadikan baju melayu tu telah dihantar pada bulan April. Aku tak pasti la awal bulan, tengah bulan atau akhir bulan. Yang pasti bulan April. Dan setelah ditambah tolah, bahagi, darab, lebih kurang tiga bulan si tukang jahit tu ada masa nak jahit baju aku, adik aku dan ayah aku. Aku rasa kalau buat sebulan satu pun dah boleh siap kot. Padahal, duit dah upah RM200 dah bayar kot.
Kronologi kejadian baju melayu tak siap adalah seperti berikut
15/7/2015 (Rabu) - Dua hari sebelum raya
-Hj Kamal menelofon tukang jahit tersebut dan menanyakan keadaan baju tersebut. Suspek menjawab “Baju anak aji dah siap. Cuma baju aji ja tak siap lagi. Ada sikit lagi nak buat...”
Dek kerana percaya Hj Kamal menangguhkan hasrat untuk ambil baju tersebut.
16/7/2015 (Khamis)- Sehari sebelum raya!
Pagi (tak pasti pukul berapa)
-Hj Kamal telefon suspek. Namun, suspek tidak menjawab panggilan. Fikiran masih positif, lalu Hj. Kamal pergi ke rumah tukang jahit tersebut. Malangnya, tiada!
Petang (Tak pasti pukul berapa)
-Masih berfikiran positif dan mengharap baju itu siap, sekali lagi Hj. Kamal pergi ke rumah tukang jahit. Hasilnya, hampa! Katanya diberi salam beribu kali namun tiada jawapan. Kira tiadalah kan. Tapi masih berfikiran positif. Mungkin dia pergi ke pekan beli baju anak-beranak dia lah kot. Jadi, tangguh niat ke malam.
Malam (Lebih kurang pukul lapan malam macam tu kot)
- BIasalah keadaan kampung bila raya. Yang muka tak pernah ada pun tetiba nak muncul dekat jalan-jalan kampung yang tak berapa nak besar ni. maka, malam raya tu jam nak mampus. Dengan hati yang dah tak sedap dan terpaksa meredah jam yang luar biasa, Hj. Kamal pun pergilah sekali lagi ke rumah tukang jahit tersebut. Setelah diberi salam dengan agak sopan permulaannya, kemudian bertukar menjadi seperti Incridible Hulk, masih lagi tiada yang menjawab.
- Mungkin sebab dah tak tahan dengar orang bagi salam, jiran dia pun keluar. Maklumat yang diberi, isteri tukang jahit tu dah balik Terengganu dan dia tak dapat dikesan.
Lepas dengar jawapan macam tu, apa lagi, gelabah gila la kami sekeluarga. Waktu tu dah pukul 9 malam. Jalan ni dah sesak dengan warga kota yang pulang ke desa (waktu ni lah penduduk Baling nak acah-acah duduk KL pun). Mau tak mau, terpaksalah beli baju melayu yang dah siap dan tak berapa nak sedap. Terpaksalah meredah jam pergi ke kedai kain yang memang mak aku rapat gila dengan owner dengan harapan ada lah jugak sama warna dengan kain yang kami beli tu dan dapatlah harga murah sikit. Ye lah, duit upah baju melayu dah melayang, dah kena keluar duit sekali lagi untuk beli baju yang kedua. Haishhh!!!
Lepas dah pergi kedai tu, cari punya cari, jumpalah warna yang sama jenis iaitu ungu cuma range tona dia tu memang lari jsejauh lima kilometre. Warna dia pun hermmmmm... boleh lah sekadar nak ambik sunat hari raya pakai baju yang elok...
Tapi, raya tahun ni memang bagi pengalaman yang tak tahu nak cakap macam mana. Nak kata lawak, rasa marah tu ada. Nak kata tak lawak, tapi rasa nak gelak bila cerita dekat orang. Eh tak tahulah nak bagitau macam mana.
sepatutnya baju kami warna macam tudung mak aku tu haaa..last-last sekali dapatlah warna tu
Kepada tukang jahit dekat luar sana, kalau tak boleh nak jahit, habaq awai-awai. Boleh la buat back up plan. Tak perlulah kami nak ke hulu ke hilir malam raya macam nak gila. Disebabkan ni jugak, kami sekeluarga terpaksa tidur pukul 4:30 pagi. Nasiblah tak terlepas semayang raya! Heh!
Apa-apa pun, masih bersyukur ada baju raya. Sedih jugak bila fikir orang-orang susah yang dah lama tak bau baju baru. Tskkk tskkk tskkkk... tak apa lah... Kita yang mampu ni, usahala lebih sikit. Yang mana kita boleh tolong, kita tolong. Noooh!!!
Akhir kalam, selamat hari saya aidilfitri, maaf zahir dan batin (kalau ada)...hehehhehe