Quantcast
Channel: Azwar Kamaruzaman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Pengalaman Raya: Rumah Terbuka Pertama

$
0
0


Assalamualaikum dan salam aidilfitri yang ke...ermm...kiralah sendiri...

Seperti tajuk di atas, kali ni nak cerita pengalaman pertama mengadakan rumah terbuka sempena sambutan hari raya.


Ahli EXTESSO yang sudi datang. maceh! 

Mat lut sedang menunjuk kehebatan iphone 6-nya


Sepanjang 20 tahun hidup dekat atas muka bumi ni, tak pernah sekali pun family aku organized open house ni. Jadi, tahun ni aku dengan rela hatinya telah meng-volunteer-kan diri untuk mengadakan rumah terbuka dengan menggunakan hasil simpanan aku. Perghhhh!!! Excited dia bukan main.

Plan asal, aku nak jemput kawan-kawan sekolah dulu je. Tapi entah macam mana, Cikgu Hamidah pun nak menjemput rakan-rakan sekerjanya. Adik-adik aku pun nak mengajak kawan-kawan mereka. Ayah pulak nak ajak orang-orang masjid. Alang-alang menyeluk pekasam, seluk lah sampai ke bahu ye dak. Jadi, open house kali pertama ni boleh dikira besar la jugak.

Awalnya, kami satu family nak buat raya ke tiga. Tapi dah banyak hal sangat raya ke tiga tu, mengubah lah hari ke raya ke empat. Tu pun, bertindih jugak dengan beberapa majlis yang lain. Nak buat macam mana kan. Kalau dok tunggu sampai tak dak apa-apa majlis, maknyanya tunggu sampai ke kucing jantan bertelur lah baru boleh buat open house tu.

Aktiviti memasang khemah.

Setelah semua setuju dengan raya ke empat, maka aktiviti-aktiviti bergotong-royong pun bermula pada raya ke tiga. Aku ingat ke nak buat biasa-biasa ja. Sekali Haji Kamal suruh pasang dua khemah, jaw drop jugak aku dibuatnya. Ni dah macam nak kenduri kahwin dah ni. Dan aku pun ada terfikir jahat yang....ermmmm...biarlah aku saja yang fikir. Hihihi
Aktiviti pasang memasang khemah pun bermula. Pak Ngah mengetuai acara tersebut. Pak Njang, Abang Ajmal, Akif pun tolong pasang. Berat naharam besi tu yang pacak dekat khemah tu. Renyah nak mampus! Tapi, disebabkan nak menjayakan rancangan anak buah/sepupu mereka ni, sanggup la mereka luang masa memasang khemah. Maceh! ;)


keadaan di belakang rumah dan aktiviti memasak


Tu yang berlaku depan rumah. Dekat dapur pulak riuh rendah dengan macam-macam ragam. Jerit menjerit ni perkara biasalah. “Garam dekat mana woi?” “Ni bila nak angkat ni?” “Kacau tu bagi perhatian penuh, jangan kelip mata langsung takut hangit..” Tu antara ayat-ayat yang aku sempat dengar. Pada mulanya aku nak upah catering je. Senang. Bayar, service dan makan. Tak perlu pening nak fikir apa-apa. Tapi mak cik-mak cik aku cakap tak best dan tak feel, serta mereka pun diwahyukan kerajinan pada tahap langit pertama, maka aku pun bersetuju je lah buat gotong royong.

Sebelum sesi memasak ni, kami satu keluarga sudah bahagi tugas. Mak Ngah masak kuah laksa. Mak Njang masak bihun sup. Mak cik masak nasi minyak dengan daging masak merah. Side dish tu mak cik volunteer nak buat rojak sebab kuah rojak mak cik paling sedap mengalah kuah rojak mak lebah (bahasa inggeriskan) heheheh.. Memang masing-masing semangat gila dengan tugas masing-masing. Seperti biasalah, tok akan bertindak sebagai ketua segala aktiviti dan mengarah itu ini. Nasib tok ada. Tersusun lah sikit waktu tu... hehehehe

Tibalah hari kejadian... (raya ke empat)

Antara hari bersejarah buat aku sebab aku bangun awal pagi. Pukul 7 pagi tu memang dah tak duduk senang la weyh. Kena pergi beli itu ini. Kena basuh itu ini. Kena potong itu ini. Macam-macamlah itu ini. Keadaan dapur tu dah macam perang dunia kedua dah dengan suara dan gelagat masing-masing.

Lepas buat kerja itu ini dan buat apa yang tak siap, tepat pukul 12 tengah hari orang masjid mula datang ke rumah. Aktiviti dimulakan dengan bacaan tahlil. Moga-moga doa-doa yang dibaca oleh imam masjid kampung tanjung tu dimakbulkan Tuhan dan bertambahlah rezeki aku... Heheheh...

Selesai majlis tahlil, tetamu pertama yakni kawan aku dari SBPI Kubang Pasu pun sampai. Syazwan, Yusof, Dayat, Qeyla dengan Azmalina. Masing-masing dengan muka kelaparan dan penuh keterujaan untuk membahan makanan yang ada di atas meja. Nasib aku sempat tahan supaya tunggu kawan-kawan yang lain. Kalau tak, memang tunggang tebalik dah depa serang meja tu... Hehehehe....

Lepas beberapa jam, lebih kurang 30 orang jugak lah kengkawan aku dari SBPI Kubang PAsu yang datang. Gila rindu sorang-sorang. Dah lama tak jumpa kot. Lepas tu, rumah aku dipenuhi dengan tetamu-tetamu Haji KAmal, Cikgu Midah, akif, Arina, tok dan sebagainya. Memang padat, ketat dan sendat lah rumah aku waktu tu. RIuh ni tak payah habaq lah kan. Lebih kurang keadaan dia macam jalan TAR waktu malam raya. HAhahahah... Melebih!

Jadi, lepas agak puas aku menahan kawan-kawan aku makan,  aku pun mengizinkan mereka mengambil makanan. Gila weyh perangai sorang-sorang. Bagaikan lembu jantan yang baru terlepas dari kandang dan terpandang baju warna merah (ada kaitan tak), semuanya macam tak sedar diri yang mereka tu tetamu. Hahahaha... Makan berpinggan-pinggan, bermangkuk-mangkuk, sampai ada yang mintak nak bawak balik. HAhahaha... Tapi, itulah perkara yang paling seronok apabila melihat orang lain gembira dengan service di rumah kita.

Selepas semua orang dah penuh perut, semua cuba untuk melarikan diri. Dah puas melantak, terus nak blah. Tak guna punya kengkawan. Bukan nak tolong aku basuh kawah dekat belakang rumah. Ciskek betul! Hahahaha...Tapi sebelum depa angkat kaki, sempat lah ambil gambar sekeping dua sebagai tanda kenangan. Sudah semestinya Iphone 6 Lutfi yang digunakan. Camera Iphone je yang lawa pun. Hehehhe..
.
Lepas ambil gambar, semua pergi mengangkat kaki pulang ke sarang masing-masing. Sedih lah jugak sebab dah nak berpisah kan. Tapi aku bertambah sedih sebab kena sental mangkuk-mangkuk belakang rumah dan kena kemas balik seperti sedia kala.
Hehehehe...

Apa-apa pun, open house kali pertama ini aku anggap berjaya. Pertama sebab segala perbelanjaan menggunakan hasil royalty aku tulis novel (Haji KAmal cuma sponsor sate 1500 cucuk sahaja) dan yang kedua, semua tetamu pulang dengan gembira serta pujian “sedap makanan rumah hang azwaq”.

 mak cik, mak ngah, cikgu midah dan mak njang

dan baju tu ehem ehemm...hehehehhe... :)


Jadi, dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan 42 billion terima kasih kepada mak ngah saya yang masak kuah laksa yang sedap gila. Mak njang saya yang masak bihun sup dengan rending yang super power. Mak cik saya yang masak nasi minyak dengan daging masak merah. Terima kasih kerana sanggup melunagkan masa dan merajinkan diri untuk masak yang sedap-sedap setelah disogok dengan sepadang baju kurung (demand nak mampus makcik-macik aku) hehehehhe...

Lepas tu nak ucap terima kasih kepada pak ngah, pak njang, pak tam, mak tam, tok, abang ajmal, aki, arina, ahla, affan, anas, adli dan sebagainya kerana sudi menolong dan meringakan tulang  dalam menjayakan open house pertama saya ni...hehehe..tahun depan kita buat lagi naaaahhhh!!!

Kepada mereka yang datang, terima kasih kerana sudi datang dan mengurangkan makanan di rumah aku. Tak lah aku kena jadi Majlis bandaran untuk menghabiskan makanan-makanan tersebut. Kalau ada kekurangan haraplah dimaafkan. *syukurlah sikit orang dah bagi makan...hahahahah...*

Akhir kata, doakan rezeki saya terus bertambah dan sekiranya tahun depan diizinkan, boleh kita buat yang lebih besar dan ajak semua orang. Heheheheh...


Sekian!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Trending Articles


Best Love Life Quotes Collection


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Problema Quotes – Pera Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE