Hi, korang tengah lapar? dan dalam masa yang sama rasa malas? even nak gerakkan punggung kau pun rasa malas? haaa meh sini meh...
Lapar dan malas ni satu kombinasi yang agak tak baik sebenarnya. Tambah-tambah benda ni berlaku selepas kita bangun tidur di hari cuti. Rasa malas nak makan tu, macam kena buat kerja cuci loji indah water di waktu tengah hari *Bluerkkk*. Nak masak mi segera dua minit yang hanya perlu panaskan air dan buka-plastik-perencah-dan-taburkan sahaja pun malas gila. Kadang-kadang disebabkan dalam badan kita ni jin pemalas tu sangat kuat, sanggup kita abaikan perut kita yang menjerit kelaparan semenjak dari hari semalam. Ciannnn diaaaa...
Sebenarnya, benda ni selalu jadi dekat aku. Bangun je pagi rasa malas gila nak mencari makan. Ditambah dengan factor ketinggian rumah 23 tingkat ni, dan makanan di restoran yang ada di sekitar rumah level asalkan-boleh-masuk-perut-sudah, membuatkan aku rasa lagi malas.
Tapi sekarang ni nasib baik lah ada www.shogun2u.com satu restoran online yang ada jual makanan macam-macam jenis. Korang sebut je nak makanan apa, semua ada. Kalau nak feeling Korea, boleh tempah makanan Korea. Kalau nak rasa macam orang Jepun, boleh tempah makanan Jepun. Kalau kau nak acah-acah Mat Saleh, tempah lah Western. Kalau azam kau tahun ni nak kuruskan badan, tempah lah salad bawah label Nyutori. Tapi, kalau kau jenis tekak Asia Tenggara pure punya, jenis kena makan tom yam, nasi ayam kau tempah je lah Thai Cuisine. Haaa nampak? Variety kan?
OK sekarang aku nak ajar korang macam mana nak order dari laman web www.shogun2u.com ni.
First: Pergi ke website dia dan sign up dulu! Kenapa kena sign up?... Sebab nak dapat free delivery.
Tips: Make sure waktu isi address dan details tu isi betul-betul sebab nanti senang deliver nak cari rumah kau. Nanti tak pasal-pasal dia hantar pergi kubur pulak. Hahahaha...
2nd: Lepas kau dah log in apa semua, sekarang kau pilih lah nak makan apa. Contoh aku ambil makanan Jepun.
3rd: Lepas tu kau pilih lah nak makan apa. Kalau kau nak tahu, makanan kau tu ayam ke lembu ke kambing ke rusa ke gajah ke, kau tengok dekat details dia. Lepas tu kau tekan lah add-kotak warna merah tu.
Tips: Makanan di sini semua halal, jangan risau ye. Dan kalau kau nak untung, aku cadangkan better kau ambil meal set. Sebab meal set ni dia bagi sekali air dan juga black forest cake as dessert. Harga pun lagi murah dari kau beli satu-satu.
4th: Lepas dah puas memilih, kau pergi shopping cart dan tengok betul tak kau punya pilihan tu. Tengok kuantiti sekali, takut-takut tak memasal order kau jadi berpuluh juta set. Makan lah kau sampai perut kau jadi busung. Hahahaha...
Tips: Kalau kau ada promo code, masukkan je dekat tempat promo code tu. Contoh sekarang ad promo code sempena raya Cina. Code dia CNY40! Kau letak je promo tu dan tekan ‘confirm promo’ *puuffff* kau akan dapat 40% off daripada harga makan. Gila tak gila? Haaaaa...
5th: Lepas kau dah tekan Next, dia akan keluar macam ni. Ni delivery address makanan kau. Make sure alamat betul. Nanti kau yang oder, mak cik kiah sebelah rumah yang dapat. Tak ke rugi? Haaa.. Check bebetul. Lepas tu dekat sini, kau dah boleh pilih time bila delivery kau nak. Kau nak buat advance order pun boleh...
Tips: Kalau kau nak acah-acah sweet nak buat surprise dekat boyfriend/girlfriend kau, atau nak hantar dekat aku, boleh jeee..pergi bawah sekali and tengok remakrs. Gittew...
6th: Lepas kau dah tekan next, dia akan keluar macam dekat bawah ni. Kau pilih lah.. Kalau dalam wallet kau ada habuk ja, better bayar pakai MOL Online Payment. Debit card pun boleh guna jugak. Tapi kalau wallet pun berhabuk, dalam bank pun just cukup-cukup nak perhidupkan akaun, aku nasihat, kau tekan je lah pangkah dekat atas sebelah kanan tu. Hahahahaha...
7th: Lepas kau dah buat bayaran semua, kau tunggu email pengesahan. Lepas dah dapat tu, kau duduk je lah dekat rumah sambil mengadap tv menanti makanan kau sampai.
Haaaaaa.. Settle!
Nampak je ber-step-step. Tapi kalau klik main klik, tak sampai lima minit pun weyh. Sesuai sangatlah untuk kita yang pemalas gila namatey ni.
Simple-Senang-Sedap!
Haaaa... Tu je lah. Daripada kau menjilat skrin tengok aku makan benda ni, baik kau bukak laman web ni www.shogun2u.com dan order sekarang.
K bye! Nak makan...