Quantcast
Channel: Azwar Kamaruzaman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

CERPEN: TAK APA LAH

$
0
0
            “Good morning, mama!” Ucapnya penuh dengan senyuman dalam pakain seragam sekolahnya. Dia menarik kerusi yang diperbuat daripada kayu jati lalu menghempas punggung pada pelapiknya.

            “Morning! Makan cepat. Nanti lambat pulak nak pergi sekolah...” Kata mamanya tanpa memandang langsung ke arah wajah dia. Skrin telefon Samsung Note 4 lebih menarik perhatian perempuan itu.

            “Where is daddy, mama?” Tanya dia yang sudah sebulan lebih tidak bertemu dengan ayah kandungnya itu.

            “London!” Mata perempuan itu terus tertancap pada skrin Samsung Note 4.

            “Mama, today kan ada haru anugerah cemerlang. Iman dapat nombor satu seluruh batch tau, mama. Lepas tu, cikgu suruh Iman bagi ucapan. Mama datang lah teman, Iman...”

            “Sorry, busy!” Jawab perempuan itu sepatah.

            Budak lelaki yang baru berusia Sembilan tahun itu mencebikkan mulutnya. Sudah seminggu dia menyiapkan ucapan yang bakal dia sampaikan pada majlis itu nanti. Hatinya berasa benar-benar kecewa.

            “Tak apa lah...” Jawabnya penuh kecewa.

            Pin... Pin...

            Bunyi hon dari luar rumah.

            “Haaa, dah siap belum? Pak cik Amin dah sampai tu...” Baru sekarang perempuan itu memandang wajah anaknya yang sudah tiada lagi senyuman pada wajahnya.

            Budak lelaki itu hanya mengangguk lesu. Dia mengambil beg sekolah dan kembali menyangkut pada bahunya. Kemudian, dia berjalan ke rak kasut dan memakai stoking serta kasut sekolahnya.

            “Betul ke mama tak dapat datang?” Soal Iman sekali lagi dengan nada penuh simpati. Dia berharap sangat mamanya akan mengubah fikiran dan menemaninya ke sekolah.

            “Tak boleh lah, Iman. Mama dah janji dengan kawan mama. Kalau Iman bagitahu awal sikit, boleh lah mama susun jadual mama untuk Iman. Next time eh Iman...”

            ‘Macam mana nak bagitahu kalau sebulan sekali baru jumpa...’

            “Tak apa lah, mama...” Sekali lagi, jawapan daripada perempuan itu benar-benar membuatkan dia kecewa.

            Dari luar pintu, dia sudah ternampak sebuah kereta wira berwarna merah putih. Seorang lelaki yang dalam lingkungan 40-an sebaya ayahnya, turun dan mendapatinya.

            “Amin, ni duit untuk bulan lepas sekali bulan ni dan bulan depan. Aku tak sempat lah nak hantar anak aku tu. Aku serahkan hal ni dekat kau eh. Kau jaga lah dia elok-elok. Tengok-tengok kan dia sekali.”

            “Ok, no problem lah Farina. Nanti aku tolong tengok-tengok kan anak kau ni. Lagipun, sekolah anak aku dengan anak kau tu satu jalan je. Lepas aku hantar anak aku, terus je aku hantar anak kau...”

            “Kalau macam tu bagus lah. Aku nak kena gerak ni. Kalau ada apa-apa hal kau telefon je aku eh...” Kata wanita itu lagi.

            “Ok, no problem. Kirim salam dekat Faris.”

            “Ok, insha Allah!”

            Iman masuk ke dalam kereta sewa merah putih milik Pak Cik Amin. Dia melihat mamanya melangkah pergi tanpa memberi kata-kata terakhir atau bersalam dengannya. Tapi, perkara itu sudah selalu sangat berlaku sehingga dia tidak merasa apa-apa lagi.

            Pak Cik Amin dan ayahnya merupakan rakan baik ketika di sekolah. Namun, keluarga Pak Cik Amin tidak mampu untuk menanggung yuran pengajiannya ketika di university. Tidak seperti ayah yang ditanggung sepenuhnya oleh atuk sehinggalah ayah melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Hasilnya, ayah sudah ada syarikat sendiri dan jarang-jarang pulang ke rumah. Pak Cik Amin pula, terpaksa berhenti belajar dan menjadi pemandu kereta sewa merah-putih sepenuh masa.

            Di sebelah hadapan kereta, duduk seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya. Maisarah, anak kepada Pak Cik Amin. Setiap pagi, Pak Cik Amin akan menghantar Maisarah terlebih dahulu yang bersekolah di sebuah sekolah rendah biasa. Selepas itu, baru lah Pak Cik Amin akan menghantar dia yang bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa.

            Di dalam kereta sewa merah-putih milik Pak Cik Amin, mereka langsung tidak bebrual apa-apa. Sehinggalah berhenti di hadapan sekolah Maisarah.

            “Ok, Sarah dah sampai sekolah sayang...” Kata Pak Cik Amin penuh dengan senyuman. Maisarah turun dari kereta begitu juga Pak Cik Amin. Lelaki itu berjalan mendapatkan anaknya.

            Lelaki itu membuka wallet dan menghulur duit kertas biru sebanyak tiga keping. Maisara tersenyum sambil mengucap terima kasih. Budak perempuan itu bersalam dan mencium tangan ayahnya. Kemudian, lelaki itu mencium dahi anak perempuannya. Setelah memastikan anaknya masuk ke dalam kawasan sekolah dengan selamat, barulah lelaki itu masuk kembali ke dalam kereta sewanya.

            Iman melihat tingkah laku dua beranak itu. Entah kenapa hatinya terasa tersentuh dan gembira melihat keletah mereka. Seumur hidupnya, tidak pernah dia diperlakukan sedemikian rupa.

            ‘Tak apa lah, Iman...’

            “Ok, jom kita gerak...” Kata Pak Cik Amin yang sudah memasang tali pinggang keledar dan bersedia untuk menekan minyak.

            “Pak cik, boleh saya duduk depan...” Pinta Iman dengan lembut sekali.

            “Oh, mari lah...” Lelaki itu membuka tali pinggang keledarnya kembali kerana mahu turun dan membuka pintu buat budak lelaki itu. Tapi...

            “Tak apa, pak cik. Saya langkah je dekat sini.” Katanya yang sudah melangkah ke hadapan melalui ruang kecil kereta tersebut.

            Kereta itu kembali sunyi sepi. Hanya penghawa dingin kereta sahaja yang menceriakan suasana dalam kereta tersebut. Lelaki itu terus memberi tumpuan speenuhnya kepada pemanduannya.

            “Pak cik best tak kerja bawak teksi ni?” Tiba-tiba Iman bersuara memecah kesunyian.

            “Hermmm... Boleh lah. Tapi tak adalah gaji banyak macam ayah Iman...” Jawab lelaki itu dengan senyuman.

            “Tapi seronok lah kan sebab boleh selalu dengan keluarga, pak cik...”

“Ya, yang tu pak cik setuju. Boleh selalu ada masa dengan keluarga. Tapi kadang-kadang kena kerja keras juga sebab bawak teksi ni tak menentu sangat. Kalau tak rajin, tak banyak lah duitnya. Tambah-tambah sekarang ni semua benda nak naik.”

            Iman tersenyum. Suasana dalam kereta itu kembali sunyi sepi.

            “Iman nanti nak kerja apa bila besar?” Tanya Pak Cik Amin.

            “Pemandu teksi...” Jawab budak lelaki itu jujur.

            “Hah? Tak kan nak kerja pemandu teksi kot. Ayah dah kerja hebat, mama pun orang kenal banyak duit. Tak kan Iman nak kerja pemandu teksi je kot. Mana sesuai lah, Iman. Kenapa Iman nak kerja teksi?” Lelaki itu cuba menguji budak kecil itu.

            “Sebab nanti ada banyak masa dengan keluarga.” Jawab budak lelaki itu ringkas.

            “Tapi kerja pemandu teksi ni tak kaya lah...”

            “Tak kaya tak apa. Asalkan kaya dengan kasih sayang. Itu lagi berharga Iman rasa...”

            Jawapan budak lelaki itu benar-benar menyentuh perasaan Pak Cik Amin. Tahu lah dia apa yang sedang budak lelaki itu pendam selama ini. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Takut juga dia kalau kata-katanya boleh menyentuh hati dan perasaan budak lelaki itu.

            “Ada apa ni meriah-meriah macam ni?” Tanya Pak Cik Amin apabila melihat kawasan sekolah antarabangsa yang penuh dengan kereta mewah-mewah dan dihiasi dengan pelbagai belon yang berwarna-warni. Ibu bapa yang hadir juga turut mengukir senyuman gembira di samping anak masing-masing.

            “Ada hari anugerah cemerlang...” Iman menjawab ringkas.

            “Iman terlibat tak?”

            Budak lelaki itu sekadar mengangguk. Tiba-tiba hatinya berasa sangat sayu melihat rakan-rakannya yang lain gembira.

            “Pak cik turunkan Iman dewan nah?” Lelaki itu memberhentikan keretanya. Namun, Iman masih lagi belum berganjak seperti mahu keluar dari kereta sewa tersebut.

            “Pak cik, boleh jadi daddy Iman tak?” Iman memandang lelaki itu dengan satu pandangan yang penuh berharap.

            Lelaki itu terkejut dengan permintaan anak kecil itu. Mahu ditolak, hatinya berasa serba salah apabila melihat wajah budak lelaki yang masih belum memahami apa-apa itu.. Tapi memikirkan di mana dia berada, dirinya berasa sangat kecil.

            “Pak cik, hari ni cikgu suruh Iman bagi ucapan dekat atas pentas. Iman nak mama dengan daddy dengar. Tapi, daddy dengan mama tak boleh datang. Pak cik jadi daddy iman kejap je boleh?” Pinta anak kecil itu lagi.

            “Tapi, pak cik segan lah. Ni semua tempat orang kaya lah, Iman...” Dia cuba memberi alasan.

            “Tak apa lah pak cik, kalau pak cik tak nak. Iman tak boleh paksa. Terima kasih pak cik...” Iman mengambil beg lalu membuka pintu kereta.

            Serbah salah dibuatnya akan anak kecil tersebut. Dia melihat jam pada dashboard kereta. Satu nafas panjang dilepaskan sambil kembali melihat anak kecil itu turun dari kereta sewanya.
           
Bersambung

Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes