Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hey... It is 20th May 2016!!! Apa yang best-nya hari ni?!!
Seperti dunia sedia maklum, Yuna Zarai penyanyi kesayangan Malaysia telah berkolaborasi bersama seorang Penyanyi kelas A Hollywood yakni Usher dalam satu albumnya bertajuk Crush. Berdasarkan perhatian saya, lagu tersebut diterima baik seluruh dunia. Tahniah Yuna!!!
Bukan itu sahaja, album Chaptersyang baru sahaja dirilis beberapa jam yang lalu, yang mengandungi 13 lagu baru dari beliau, sangat-sangat menarik dan catchy.
Senarai lagu dalam album Chapters:
1. Mannequin
2. Lanes
3. Crush (Yuna ft Usher)
4. Unrequited Love
5. Best Love
6. Used to Love
7. Too Close
8. Best of Me
9. Your Love
10. All I Do
11. Places to Go
12. Poor Heart
13.Time
Waktu mendengar ni, aku macam tak percaya ni album yang ditulis dan dinyanyikan oleh orang Malaysia dan aku cuba mencari lagu yang paling best. Namun tiada. Susah! Bagi aku ke semua lagu dalam album ni sangat menarik dan setiapnya ada ‘chapters’ dia yang tersendiri. Aku percaya ini bukan sahaja cerita mengenai Yuna, tetapi kita semua.
Jadi, orang Malaysia, jangan lupa untuk dapatkan album Yuna yang original di iTunes dengan harga $8.99 untuk keseluruhan album yang terbaik ini. Kalau nak physical album, tunggu lah minggu depan ye. Pesan aku, barang bagus jangan beli cetak rompak. Kalau tak, macam mana Yuna nak produce lagu bagus-bagus lagi buat masa akan datang ye dak? Macam nil ah kita nak sokong produk Malaysia. Peaceee!!!
TAHNIAH YUNA ZARAI!
MUCH LOVE FROM MALAYSIA <3 <3 <3
azwar kamaruzaman