Pada satu ketika dahulu, ketika masih kecil dan emak masih setia mengelus rambut aku, teringat aku akan kejadian setiap pagi di waktu sahur.
"Man, bangun sahur! Dah nak dekat subuh ni. Nanti tak sempat nak makan, lapar pulak waktu petang nanti..
." Kejut emak beberapa kali
"Eee malas lah mak! Man boleh tahan jeee.. Betul! Tak larat lah nak bangun!" Bentak aku sendiri sambil menarik selimut lebih tinggi
"Bangun jugak! Bangun la minum air segelas pun. Bagi banyak sikit pahala tuuu..." Emak terus memancing aku untuk bersahur
"Eeee mak ni macam-macam laaaa..." Akhirnya aku mengalah dan terus bangun walaupun dengan cara yang paling kasar.
Emak langsung tidak marah, malah dia tersenyum melihat aku melangkah ke meja makan dengan keadaan yang paling selekeh.
Entah apa yang menggembirakan mak pun aku tak pasti.Sampai sahaja di meja makan, aku teruja melihat lauk pauk yang telah siap terhidang. Mata aku yang tadi begitu berat, terus terbuntang!
Ada dada ayam yang digoreng bersama bawang, telur mata, & sup sayur. Ringkas, tapi betul-betul membuatkan selera aku naik ke paras maksimum
Ada dada ayam yang digoreng bersama bawang, telur mata, & sup sayur. Ringkas, tapi betul-betul membuatkan selera aku naik ke paras maksimum
Aku sendiri yang mencedok nasi, meletakkan lauk dalam pinggan dan menyuap ke dalam mulut. Dua kali juga proses itu berjalan
Sungguh langsung tak aku sesal akan kejadian pada waktu itu. Malah aku bersyukur dengan apa yang telah berlaku
Sungguh langsung tak aku sesal akan kejadian pada waktu itu. Malah aku bersyukur dengan apa yang telah berlaku
Tapi, itu kisah 15 tahun yang lalu. Ketika emak masih ada dan masih setia mengelus rambut aku
Sekarang, emak berada di suatu tempat yang sangat istimewa dan tempat itu terpisah antara aku dan dia. Aku tahu, emak bahagia di sana
Semalam, aku bermimpi dia datang kepada ku dalam persalinan telekung yang serba putih dan bersih. Dia tersenyum kepada ku dan berkata
"Bangun sahur, man! Nanti kau lapar..." Katanya kepada sambil senyuman yang paling indah
Aku bangun dan cuba untuk memeluk emak. Namun, hanya pelukan sendiri yang aku dapat. Kecewa seketika hati aku. Sesungguhnya aku rindukan dia
Tapi aku masih bersyukur kepada Tuhan kerana memberi aku peluang untuk merasa kelembutan tangan seorang emak mengelus lembut rambut anaknya
Dan juga memberi aku seorang emak yang terlalu bersabar melayan setiap karenah nakal aku
"Terima kasih Tuhan! Peluklah emak dengan rahmat Mu, Tuhan! Tempatkan lah emak bersama orang-orang yang kau sayang"
-TAMAT-
p/s: boleh share atau nak ciplak sesuka hati (kalau ada lah). asalkan orang lain dapat faedah. Thanks! Nantikan certot seterusnya.